INFO E-KAUNSELING



Selamat datang ke laman E-Kaunseling SMK Sentosa Kampar. Sebarang cadangan atau pandangan positif amat dialu-alukan. Hantarkan pendapat anda melalui email: cnxxx81@gmail.com atau tinggalkan pesanan di ruang JOM SEMBANG. Anda juga berhubung menggunakan laman facebook. Pastikan anda tidak menulis ayat-ayat berunsur negatif yang boleh menyinggung mana-mana pihak. Untuk temujanji bersama kaunselor pilihan, klik BK04 untuk muat turun borang.

Sunday, March 18, 2012

PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2012

Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) atau sekarang disebut Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan Kepujian sesi ambilan Jun 2012 dibuka pada 22 Mac 2012. Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 April 2012.

CARA -CARA MEMOHON PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2012:

1) Dapatkan no pin permohonan di BSN terdekat dengan bayaran RM6.00 pada/mulai 22 Mac 2012.

2) Layari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendaftar secara online.

3) Pastikan syarat-syarat memohon program ijazah sarjana muda (PISMP) dengan kepujian dipatuhi semasa mengisi borang tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

E-KAUNSELING SMKS © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute