INFO E-KAUNSELING



Selamat datang ke laman E-Kaunseling SMK Sentosa Kampar. Sebarang cadangan atau pandangan positif amat dialu-alukan. Hantarkan pendapat anda melalui email: cnxxx81@gmail.com atau tinggalkan pesanan di ruang JOM SEMBANG. Anda juga berhubung menggunakan laman facebook. Pastikan anda tidak menulis ayat-ayat berunsur negatif yang boleh menyinggung mana-mana pihak. Untuk temujanji bersama kaunselor pilihan, klik BK04 untuk muat turun borang.

Friday, December 30, 2011

Orientasi Tingkatan 1 & 4 SMK Sentosa 2012


Program Orientasi Tingkatan 1 & 4 SMK Sentosa 2012 akan diadakan bermulanya hari pertama persekolahan 4 Januari 2012 dan berakhir pada 6 Januari 2012 (Tingkatan 1) & 5 Januari 2012 (Tingkatan 5). Jadual program orientasi boleh di muat turun dengan menekan link di bawah;

Muat turun Jadual Orientasi Tingkatan 1

Muat turun Jadual Orientasi Tingkatan 4

Wednesday, December 21, 2011

Keputusan PMR 2011


Kepada semua calon PMR 2011. Anda boleh menyemak keputusan anda menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) atau datang ke sekolah pada jam 10.00 pagi (22/12/2011) untuk mendapatkan slip keputusan PMR 2011. Warga sekolah mendoakan kejayaan anda semua.

* Peringatan:
  • Sila berpakaian / imej kemas semasa hadir kesekolah
  • Sekiranya anda tidak dapat hadir, wakil mestilah terdiri daripada ibu/bapa.

Saturday, October 1, 2011

Program Gempur SPM 2011

Tarikh: 03/10/2011
Masa: 8.00 pagi hingga 01.30 tengah hari
Tempat: Dataran Sentosa / Makamal Bahasa / Bilik Media
Aktiviti:
  1. Slot 1: Amanat Pengetua (Pengetua/PK 1)
  2. Slot 2: Motivasi, Petua dan Amalan sebelum Peperiksaan (GBKSM Sentosa)
  3. Slot 3: Teknik menjawab soalan SPM 2011 & LDK Motivasi (GBKSM Sentosa)
  4. Slot 4: Halatuju dan matlamat diri (Kaunselor Daerah Kinta Selatan)

PMR 2011... Semoga berjaya.

PMR 2011 akan bermula pada 04/10 hingga 11/10/2011... Kapada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan tersebut. Semoga hadapi dengan tenang dan pastikan anda lakukan yang terbaik untuk diri anda. Semoga berjaya...

Monday, September 12, 2011

Program Motivasi Gempur 30



Pada 5 September yang lepas satu program motivasi Gempur 30 telah diadakah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan motivasi kepada para pelajar dalam tempoh sebulan sebelum menghadapi PMR. Antara pengisian yang ada ialah tips dan amalan 30 hari sebelum PMR dan Teknik belajar 30 hari sebelum PMR.

Diharapkan dengan adanya program seperti ini dapat meningkatkan lagi motivasi pelajar dan kesedaran pelajar...

Tuesday, September 6, 2011

INFO PERMOHONAN SBP, TEKNIK, VOKASIONAL


Kepada semua pelajar tingkatan 3 yang ingin memohon ke sekolah berasrama penuh (SBP) atau ke SM TEKNIK / VOKASIONAL , sila layari laman web KPM skrg....www.moe.gov.my permohonan ke SMT / SMV dibuka sekarang sehingga 19 Dis 2011. Manakala permohonan SBP berakhir pada 15 Okt 2011....sila bertindak segera....keterangan lanjut sila berjumpa dengan kaunselor...

Wednesday, August 3, 2011

Bengkel Keserdaran HIV/AIDS



Pada 2 Ogos 2011 yang lalu satu bengkel Kesedaran HIV/AIDS telah diadakan di SMK Sentosa bersamam pelajar 4K1 dan 4K2. Program ini telah dilaksanakan oleh Universiti Teknologi Petronas. Menariknya program ini telah dihadari oleh tiga orang pelajar dari China dan Hong Kong. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak UTP dan pelajar kerana telah memberikan kerjasama yang baik.

Tuesday, June 28, 2011

PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM 2012/2013

PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM 2012/2013

Permohonan Melalui Internet (PMI)
Bawa bersama salinan kad pengenalan. Bayaran sebanyak RM6.00 untuk mendapakkan Nombor pengenalan Individu (NPI) yang tercatat pada resit bayaran. Bayaran hendaklah dibuat atas nama Pengarah Bahagian Matrikulasi a/c no: 1410 0290 0021 1897. NPI hendaklah dirahsiakan, dan semua aktiviti tersebut boleh dibuat mulai 1 Julai hingga 10 Oktober 2011. Anda boleh mengakses PMI di laman sesawang http://www.moe.gov.my apabila memperolehi NPI dan anda bertanggungjawab sepenuhnya atas permohonan anda.

Monday, June 27, 2011

PAMERAN DADAH DAN CERAMAH ANTI DADAH


PAMERAN DADAH DAN CERAMAH ANTI DADAH - AADK Perak

Tarikh: 28 Jun 2011
Masa: 8.00 am hingga 12.00 tgh

Tempat:
  • Pameran DADAH (Lobi SMK Sentosa)
  • Ceramah ANTI DADAH (Dewan Dr.Nazrin, SMK Sentosa)

Monday, June 20, 2011

KUIZ ANTI DADAH DAN PERTANDINGAN MELUKIS POSTER ANTI DADAH

SEMPENA MINGGU PENCEGAHAAN JENAYAH DAN ANTI DADAH UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING MENGADAKAN KUIZ ANTI DADAH DAN PERTANDINGAN MELUKIS POSTER. BERIKUT ADALAH SYARAT PENYERTAAN.

Syarat-syarat KUIZ ANTI-DADAH

1. Terbuka kepada semua pelajar dan warga SMK
2. Tarikh tutup pertandingan ialah hari Jumaat 24 June sebelum pukul 10.00am
3. Penyertaan anda hendaklah dihantar kepada Cikgu Abdul Rani /Cik munira/Cik Thilaga
Hadiah pertama = Bernilai RM 50
Hadiah kedua = Bernilai RM 30
Hadiah ketiga = Bernilai RM 20

Klik muat turun untun mendapatkan kuiz anti dadah dan maklumat lanjut berkaitan pertandingan.


Syarat-syarat pertandingan MELUKIS POSTER:

1. Poster yang dilukis hendaklah bertemakan KAMI BENCI DADAH
2. Terbuka kepada semua pelajar dan warga SMK sentosa.
3. Sekiranya poster yang dihantar didapati tidak asli,penyertaannya akan ditolak.
4. Tarikh tutup pertandingan ialah hari Jumaat 24 June sebelum pukul 10.00am.
5. Penyertaan anda hendaklah dihantar kepada Cikgu Abdul Rani /Cik munira/Cik Thilaga.

Hadiah pertama = Bernilai RM 50
Hadiah kedua = Bernilai RM 30
Hadiah ketiga = Bernilai RM 20

klik muat turun untun mendapatkan kuiz anti dadah dan maklumat lanjut berkaitan pertandingan.

Tuesday, January 18, 2011

BORANG TEMUJANJI

ANDA PERLUKAN KHIDMAT KAUNSELOR ANDA?

Muat turun borang BK04 untuk membuat temujanji bersama kaunselor pilihan anda. Klik BK04 untuk muat turun borang. Cetak, penuhkan bahagian berkenaan dan hantar kepada kaunselor anda atau masukkan ke dalam kotak yang telah disediakan. Permohonan anda akan kami jawab dengan kadar segera. Sekian terima kasih.

Wednesday, January 5, 2011

SENARAI NAMA PELAJAR TINGKATAN 4 2011

MUAT TURUN SENARAI NAMA

Monday, January 3, 2011

Program Minggu Pertama 2011 SMK Sentosa

Orientasi Tingkatan 1 (Muat turun Jadual Aktiviti Program T1)

Orientasi Tingkatan 4 (Muat turun Jadual Aktiviti Program T4 / Borang Pemilihan Aliran ke T4)

KEMBALI KE SEKOLAH 2011



Search This Blog

E-KAUNSELING SMKS © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute