
PEMBERITAHUAN TENTANG PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SENTOSA TAHUN 2010
Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Perkhemahan Perdana sepertimana yang tersebut di atas. Butir-butir mengenai perkhemahan tersebut adalah seperti berikut:-
Tajuk:Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SMK Sentosa Tahun 2010
Tarikh:2 Hingga 4 Julai 2010.
Masa:2.30 ptg. 2/7 hingga 12.00 tgh. 4/7/2010
Tempat: SMK Sentosa, Taman Bandar Baru, Kampar.
Sasaran:Pelajar SMK Sentosa (Pemilihan oleh guru penyelaras unit beruniform)
Sekian untuk makluman anda, terima kasih.
**Anda boleh muat turut surat makluman perkhemahan peserta ibu bapa penjaga, jadual perkhemahan, borang kebenaran ibu bapa, borang biodata peserta, borang peserta (ketua Unit Uniform, senarai semak keperluan dan peralatan,peraturan tetap perkhemahan dan ikrar perkhemahan di sini (klik untuk muat turut).
Fail dalam bentuk "zip file". Unzip file terlebih dahulu untuk memdapatkan bahan dan untuk dicetak.
Sepanjang perkhemahan, terdapat beberapa pertandingan dan aktiviti dijalankan anataranya ialah: 1. Pertandingan Melukis Panji/Bendera Pasukan. 2.Pertandingan Kawad Kaki Formasi. 3. Pertandingan Memanah. 4.Pertandingan Paint Ball. 5.Pertandingan Memasak. 6.Pertandingan Persembahan Kumpulan. 7.Pertandingan Memasang/menurunkan khemah/gadget perkhemahan. (***Sebarang perubahan tertakhluk kepada Urusetia Perkhemahan tanpa sebarang notis)
0 comments:
Post a Comment