INFO E-KAUNSELING



Selamat datang ke laman E-Kaunseling SMK Sentosa Kampar. Sebarang cadangan atau pandangan positif amat dialu-alukan. Hantarkan pendapat anda melalui email: cnxxx81@gmail.com atau tinggalkan pesanan di ruang JOM SEMBANG. Anda juga berhubung menggunakan laman facebook. Pastikan anda tidak menulis ayat-ayat berunsur negatif yang boleh menyinggung mana-mana pihak. Untuk temujanji bersama kaunselor pilihan, klik BK04 untuk muat turun borang.

Friday, April 30, 2010

KEMASUKAN KE TINGKATAN 6 TAHUN 2010


KEMASUKAN KE TINGKATAN 6 TAHUN 2010 BAGI PELAJAR YANG MENDUDUKI SPM 2009

Tarikh mula persekolahan T6 Bawah bagi tahun 2010 pada:
10 MEI 2010

Semakan keputusan ke T6 boleh dibuat melalui;
  1. SMS ke 15888 mengikut format T6 jarak KP jarak No.KP
  2. Layari laman sesawang rasmi KPM > Klik pada pautan Tawaran Masuk ke Tingkatan 6
  3. Atau download file SENARAI NAMA PELAJAR SMK SENTOSA KE T6 (untuk pelajar SMK Sentosa, Kampar sahaja)
*Download zip.file SENARAI NAMA PELAJAR SMK SENTOSA KE T6 (Lengkap). Zip file ini mengandungi semua maklumat yang anda perlukan. Baca kesemua file untuk kefahaman yang jelas selepas muat turun. Sekiranya nama anda tiada dalam senarai, anda boleh semak semula nama anda di sekolah. Sekiranya anda tidak tersenarai, anda boleh membuat rayuan di sekolah (SMK Sentosa).

**Semakan keputusan (melalui cara 1 dan 2) dan cetakan surat tawaran boleh dilakukan oleh calon sendiri di laman sesawang KPM mulai 3 MEI 2010 atau datang ke sekolah/PPD/JPN (Pihak terlibat boleh membantu mencetak surat tawaran tersebut).

***Untuk maklumat lanjut anda boleh berhubung dengan PK Pentadbiran (YM Tunku Shamsudin) atau Kaunselor (Cikgu Abdul Rani) - SMK SENTOSA

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

E-KAUNSELING SMKS © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute