INFO E-KAUNSELING



Selamat datang ke laman E-Kaunseling SMK Sentosa Kampar. Sebarang cadangan atau pandangan positif amat dialu-alukan. Hantarkan pendapat anda melalui email: cnxxx81@gmail.com atau tinggalkan pesanan di ruang JOM SEMBANG. Anda juga berhubung menggunakan laman facebook. Pastikan anda tidak menulis ayat-ayat berunsur negatif yang boleh menyinggung mana-mana pihak. Untuk temujanji bersama kaunselor pilihan, klik BK04 untuk muat turun borang.

Friday, March 16, 2012

PELAKSANAAN GURU PENYAYANG


TUJUAN

1. Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

KONSEP

2. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.

3. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.

4. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

Muat Turun borang laporan mentor mentee untuk semua guru klik LAPORAN MENTOR MENTEE

Ujian Saringan Permata Pintar



Ujian Saringan PERMATApintar UKM1 boleh diambil mulai tarikh 1 Februari 2012 hingga 30 April 2012 dengan melayari http://www.permatapintar.edu.my. Sehubungan itu, dipersilakan semua murid lingkungan 7 hingga 15 tahun yang layak agar dapat memanfaatkan peluang ini bagi menduduki ujian tersebut.

Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan En.Abdul Rani b. Zainun. Sekian terima kasih.

Sunday, March 11, 2012

JOM MASUK U 2012


KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI "JOM MASUK U 2012" PERAK

MASA: 9.00 pagi hingga 6.00 petang
TARIKH: 17 dan 18 Mac 2012
TEMPAT: Arena Square, Kuala angsar

**Calon SPM 2012 SMK Sentosa yang sudah memberi nama untuk lawatan ke Karnival Pengajian Tinggi Jom Masuk U 2012 sila berkumpul di SMK Sentosa pada jam 7.45 pagi. Bawa bersama borang kebenaran ibu bapa. Pelajar yang gagal membawa borang kebenaran ibu bapa tidak akan dibenarkan mengikuti lawatan. Sekian Terima Kasih.

Muat turun SURAT KEBENARAN IBU BAPA

Search This Blog

E-KAUNSELING SMKS © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute