
Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tingkatan 3 (2010) warganegara Malaysia yang menduduki PMR 2010 dan memenuhi syarat kelayakan untuk memohon kemasukan ke
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
Tingkatan 4 tahun 2011.Syarat Kelayakan Memohon MRSM1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam Subjek Matematik dan Sains.
Permohonan1. Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan nombor pin atau kata laluan.
2. Permohonan perlu dibuat secara online di
Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2011. Memohon Nombor Pin atau Kata Laluan1. Pemohon boleh mendapatkan nombor pin di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Maktab Rendah Sains MARA mulai 27 September 2010 secara percuma.
2. Sila bawa salinan kad pengenalan, surat beranak serta keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2010, yang telah disahkan benar, semasa mendapatkan nombor pin.
Tarikh Tutup1. Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2011 akan ditutup pada
21 Oktober 2010.2. Cetakan borang permohonan online yang telah lengkap diisi bersama-sama dokumen yang berkaitan hendaklah dihantarkan selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2010.
3. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2011.
4. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2011 permohonan anda dianggap tidak berjaya.
Untuk maklumat lengkap sila download
Syarat kemasukat MRSM