INFO E-KAUNSELING



Selamat datang ke laman E-Kaunseling SMK Sentosa Kampar. Sebarang cadangan atau pandangan positif amat dialu-alukan. Hantarkan pendapat anda melalui email: cnxxx81@gmail.com atau tinggalkan pesanan di ruang JOM SEMBANG. Anda juga berhubung menggunakan laman facebook. Pastikan anda tidak menulis ayat-ayat berunsur negatif yang boleh menyinggung mana-mana pihak. Untuk temujanji bersama kaunselor pilihan, klik BK04 untuk muat turun borang.

Monday, July 30, 2012

Permohonan Matrikulasi KPM 2013/2014


PEMOHONAN MATRIKULASI KPM SESI 2013/2014
  1. Beli Nombor Pin di mana-mana cawangan BSN. (Sila bawa kad pengenalan bersama)
  2. Sekiranya anda tidak mempunyai Kad Pengenalan ATAU mendapat Kad Pengenalan selepas pendaftaran SPM, sila gunakan nombor Lembaga (No LPM) seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran SPM tahun semasa untuk membuat permohonan melalui internet (PMI) di kaunter BSN sahaja.
  3. Bayar RM6.00 bagi setiap pelajar dikenakan untuk membeli nombor pin. Bayaran dibuat atas nama 'Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM' dengan nombor akaun: 1410 0290 0021 1897 dan kod organisasi pada slip BSN  ditulis dengan nombor kod: A2657500. 
  4. Dapatkan slip resit dari kaunter BSN dan Nombor PIN akan tercetak di slip yang dikeluarkan oleh mesin tersebut.
  5. Pelajar boleh memohon dengan melayari web Kementerian Pelajaran Malaysia KPM di http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/login.cfm mulai 1 Julai hingga 10 Oktober 2012 dengan memasukkan nombor           kad pengenalan DAN nombor PMI.
  6. Maklumat lanjut sila layari http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/index.cfm 
  7. Pelajar boleh mendapatkan khidmat nasihat dari kaunselor sekolah tentang cara pengisian borang.
  8. Sekian Terima kasih.

Monday, April 16, 2012

MINGGU PENCEGAHAN JENAYAH & ANTI DADAH


16-20 April 2012

Aktiviti Minggu Pencegahan Jenayah & Anti Dadah

  • Kuiz Anti Dadah / Cegah Jenayah
  • Pertandingan Poster Digital
  • Ceramah Cegah Jenayah / Anti Dadah
  • Info Sudut Sumber PPDa


Syarat-syarat menyertai KUIZ ANTI DADAH:

  1. Warga SMK Sentosa, Kampar.
  2. Hantarkan jawapan kuiz melalui email: cnxxx81@gmail.com / 0610664iium@gmail.com sebelum 12.00 tengah malam 20/04/2012.

Soalan Kuiz:

*Maklumat berkaitan soalan kuiz boleh diperolehi melalui carian internet atau Sudut Sumber PPDa SMK Sentosa.

Syarat-syarat menyertai PERTANDINGAN POSTER DIGITAL:

  1. Warga SMK Sentosa, Kampar.
  2. Poster Digital yang dihantar hendaklah berkaitan dengan Anti Dadah atau Cegah Jenayah.
  3. Hantarkan jawapan melalui email: cnxxx81@gmail.com / 0610664iium@gmail.com sebelum 12.00 tengah malam 20/04/2012.

Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan Cikgu Abdul Rani.

*Poster Digital (Gambar yang diambil menggunakan kamera dan di 'edit' menggunakan sebarang program/software serta dimasukkan cogan kata / kata-kata hikmah / hadith /mutiara kata etc. yang berkaitan dengan cegah jenayah ataupun anti-dadah.)



Thursday, March 29, 2012

KURSUS PRS TAHAP BONGSU (SM) DAERAH KINTA SELATAN ZON KAMPAR (28 - 30/03/2012)


Sebagai PRS anda perlu sentiasa menghayati Falsafah PRS iaitu “Bantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain”. Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman untuk meningkatkan kecemerlangan diri. Oleh itu, anda seharusnya berusaha mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan. perlakuan, perhubungan, kreativiti, dan keimanan.

BERIKUT ADALAH BAHAN PPT KURSUS UNTUK DI MUAT TURUN:

  1. KOMUNIKASI BERKESAN
  2. KONSEP KENDIRI
  3. PENGENALAN PRS
  4. PSIKOLOGI REMAJA
  5. JADUAL KURSUS PRS BONGSU

Search This Blog

E-KAUNSELING SMKS © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute