INFO E-KAUNSELING



Selamat datang ke laman E-Kaunseling SMK Sentosa Kampar. Sebarang cadangan atau pandangan positif amat dialu-alukan. Hantarkan pendapat anda melalui email: cnxxx81@gmail.com atau tinggalkan pesanan di ruang JOM SEMBANG. Anda juga berhubung menggunakan laman facebook. Pastikan anda tidak menulis ayat-ayat berunsur negatif yang boleh menyinggung mana-mana pihak. Untuk temujanji bersama kaunselor pilihan, klik BK04 untuk muat turun borang.

Wednesday, March 21, 2012

TAHNIAH KEPADA CALON SPM 2011


Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Peajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.

Kami pendidik di SMK Sentosa mengharapkan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM ini akan terus melanjutkan pelajaran mereka ke menara gading sehingga mendapat pencapaian terbaik di peringkat yang tertinggi. Semua warga sentosa turut berbangga dengan pencapaian cemerlang pelajar SMK Sentosa hari ini dan berharap mereka akan terus mengejar cita-cita mereka yang telah disemai.

Kejayaan yang dicapai hari ini bukanlah pengakhiran segalanya, tetapi ia adalah permulaan bagi melakar kejayaan yang lebih cemerlang di masa akan datang. Ia juga bukan suatu kegagalan buat mereka yang tidak memperolehi keputusan cemerlang, tetapi sebagai suatu muhasabah buat membina langkah kejayaan di masa akan datang.

Monday, March 19, 2012

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2011

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. (Dewan Dr.Nazrin SMK Sentosa *Bekas Pelajar SMK Sentosa Sahaja)

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.

Semakan Syarat Khas Program ke IPTA (i-MAS-C-U)


Sistem Semakan Syarat Khas Program ke IPTA (i-MAS-C-U) boleh digunakan untuk membuat semakan syarat bagi program yang ditawarkan pada semua IPTA di Malaysia.

Search This Blog

E-KAUNSELING SMKS © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute