INFO E-KAUNSELING



Selamat datang ke laman E-Kaunseling SMK Sentosa Kampar. Sebarang cadangan atau pandangan positif amat dialu-alukan. Hantarkan pendapat anda melalui email: cnxxx81@gmail.com atau tinggalkan pesanan di ruang JOM SEMBANG. Anda juga berhubung menggunakan laman facebook. Pastikan anda tidak menulis ayat-ayat berunsur negatif yang boleh menyinggung mana-mana pihak. Untuk temujanji bersama kaunselor pilihan, klik BK04 untuk muat turun borang.

Wednesday, December 22, 2010

Keputusan PMR 2010

Kepada semua pelajar PMR 2010 SMK Sentosa, keputusan peperiksaan akan dikeluarkan dan diserahkan kepada anda pada *23/12/2010 pada jam *10.00 pagi. Datang kesekolah dengan imej yang sesuai. Saya doakan anda semua mendapat keputusan yang cemerlang. Pastikan anda bersedia untuk menatap usaha kamu selama 3 tahun. Anda usaha...anda akan meraihnya...

*tertakhluk kepada perubahan semasa.

Sunday, November 21, 2010

SPM 2010 (23/11/2010 - 16/12/2010)

SPM 2010...
Anda sudah pasti bersedia untuk SPM 2010.
Anda sudah ulangkaji semua subjek yang diambil... KALAU TIDAK, NAHAS KAMU.
Anda sudah mendapat restu ibu bapa dan guru... KALAU TIDAK, SIA-SIALAH USAHA KAMU
Anda sentiasa berdoa untuk kejayaan yang cemerlang SPM 2010... KALAU TIDAK, RUGILAH KAMU

JANGAN LUPA BAWA KAD PENGENALAN DAN SLIP PEPERIKSAAN...
JANGAN LUPA SEDIAKAN PERALATAN UNTUK MENJAWAB SOALAN NANTI...
JANGAN LUPA TINGGALKAN NOTA ANDA SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN...
kalau tidak, padah menanti kamu.

Kalau kamu sudah melakukan apa yang sepatutnya kamu lakukan... KEJAYAAN MENANTI KAMU.

USAHA + DOA + TAWAKAL = KEJAYAAN + KEREDHOAN ILLAHI.

Semoga berjaya kepada semua calon2 SPM 2010.

Sunday, October 17, 2010

Program Selepas PMR 2010

PROGRAM SELEPAS PMR adalah program untuk pelajar tingkatan 3 yang sudah selesai menjalani peperiksaan sebenar PMR. Bagi mengisi masa terluang pelajar selepas PMR, pihak sekolah merancang beberapa aktiviti yang sesuai kepada pelajar tersebut sebagai satu agenda yang bermanfaat.
KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar tingkatan 3

TARIKH: 18/10/2010 hingga 01/11/2010
TEMPAT: SMK Sentosa

klik "Jadual Program Selepas PMR 2010" untuk muat turun jadual program.
*Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Terima kasih.

p/s: Pelajar yang hadir dan menjayakan program akan diberikan markah merit (E-DISIPLIN)

Search This Blog

E-KAUNSELING SMKS © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute