SETIAP LANGKAH...
MENU
MOTIVASI
KELAB & PERSATUAN
SAHABAT...
Pengunjung (23/03/2012)
INFO E-KAUNSELING

Selamat datang ke laman E-Kaunseling SMK Sentosa Kampar. Sebarang cadangan atau pandangan positif amat dialu-alukan. Hantarkan pendapat anda melalui email: cnxxx81@gmail.com atau tinggalkan pesanan di ruang JOM SEMBANG. Anda juga berhubung menggunakan laman facebook. Pastikan anda tidak menulis ayat-ayat berunsur negatif yang boleh menyinggung mana-mana pihak. Untuk temujanji bersama kaunselor pilihan, klik BK04 untuk muat turun borang.
Monday, February 18, 2013
Sunday, February 17, 2013
Program Februari 2013
1. Talaqi Al-Quran / Tazkirah (Setiap Jumaat) - En.Abdul Rani
2. Seminit Bersama Kaunselor (Setiap Khamis) - En.Abdul Rani / Pn.Munira
3. Program Jom ke Sekolah (Anti Ponteng - Pencegahan) - En. Abdul Rani
4. Program PRS Sekolah Siri 1/2013 - Pn.Munira
Sunday, February 10, 2013
Aktiviti UBK Januari 2013
- Program Orientasi T1 & T4 / Taklimat Pakej Matapelajaran 2013 (T4). | 2-3/01/2013 |
- Seminit Bersama Kaunselor (Memberi Sinar: Kebersihan, Keceriaan & Keindahan tanggungjawab bersama). | 10 & 31/01/2013 |
- Program Cetusan Rasa Pengetua & Halatuju selepas SPM 2013 |14 & 18/01/2013 |
- Program Talaqi Al-Quran & Tazkirah | setiap Jumaat waktu pertama | dengan kerjasama JK Dakwah Surau Al-Mustaqim SMK Sentosa.
Catatan: Semua Program berjalan lancar. Alhamdulillah
Monday, July 30, 2012
Permohonan Matrikulasi KPM 2013/2014
PEMOHONAN MATRIKULASI KPM SESI 2013/2014
- Beli Nombor Pin di mana-mana cawangan BSN. (Sila bawa kad pengenalan bersama)
- Sekiranya anda tidak mempunyai Kad Pengenalan ATAU mendapat Kad Pengenalan selepas pendaftaran SPM, sila gunakan nombor Lembaga (No LPM) seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran SPM tahun semasa untuk membuat permohonan melalui internet (PMI) di kaunter BSN sahaja.
- Bayar RM6.00 bagi setiap pelajar dikenakan untuk membeli nombor pin. Bayaran dibuat atas nama 'Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM' dengan nombor akaun: 1410 0290 0021 1897 dan kod organisasi pada slip BSN ditulis dengan nombor kod: A2657500.
- Dapatkan slip resit dari kaunter BSN dan Nombor PIN akan tercetak di slip yang dikeluarkan oleh mesin tersebut.
- Pelajar boleh memohon dengan melayari web Kementerian Pelajaran Malaysia KPM di http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/login.cfm mulai 1 Julai hingga 10 Oktober 2012 dengan memasukkan nombor kad pengenalan DAN nombor PMI.
- Maklumat lanjut sila layari http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/index.cfm
- Pelajar boleh mendapatkan khidmat nasihat dari kaunselor sekolah tentang cara pengisian borang.
- Sekian Terima kasih.
Monday, April 16, 2012
MINGGU PENCEGAHAN JENAYAH & ANTI DADAH

16-20 April 2012
Aktiviti Minggu Pencegahan Jenayah & Anti Dadah
- Kuiz Anti Dadah / Cegah Jenayah
- Pertandingan Poster Digital
- Ceramah Cegah Jenayah / Anti Dadah
- Info Sudut Sumber PPDa
Syarat-syarat menyertai KUIZ ANTI DADAH:
- Warga SMK Sentosa, Kampar.
- Hantarkan jawapan kuiz melalui email: cnxxx81@gmail.com / 0610664iium@gmail.com sebelum 12.00 tengah malam 20/04/2012.
Soalan Kuiz:
- Senaraikan 5 Jenis Dadah dan 5 Tanda-tanda penagihan dadah.
- Berikan maksud jenayah dan senaraikan 5 jenis jenayah di Malaysia.
*Maklumat berkaitan soalan kuiz boleh diperolehi melalui carian internet atau Sudut Sumber PPDa SMK Sentosa.
Syarat-syarat menyertai PERTANDINGAN POSTER DIGITAL:
- Warga SMK Sentosa, Kampar.
- Poster Digital yang dihantar hendaklah berkaitan dengan Anti Dadah atau Cegah Jenayah.
- Hantarkan jawapan melalui email: cnxxx81@gmail.com / 0610664iium@gmail.com sebelum 12.00 tengah malam 20/04/2012.
Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan Cikgu Abdul Rani.
*Poster Digital (Gambar yang diambil menggunakan kamera dan di 'edit' menggunakan sebarang program/software serta dimasukkan cogan kata / kata-kata hikmah / hadith /mutiara kata etc. yang berkaitan dengan cegah jenayah ataupun anti-dadah.)
Labels:
Info
Thursday, March 29, 2012
KURSUS PRS TAHAP BONGSU (SM) DAERAH KINTA SELATAN ZON KAMPAR (28 - 30/03/2012)

Sebagai PRS anda perlu sentiasa menghayati Falsafah PRS iaitu “Bantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain”. Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman untuk meningkatkan kecemerlangan diri. Oleh itu, anda seharusnya berusaha mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan. perlakuan, perhubungan, kreativiti, dan keimanan.
BERIKUT ADALAH BAHAN PPT KURSUS UNTUK DI MUAT TURUN:
Labels:
Info
Friday, March 23, 2012
Permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN)

Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon biasiswa bagi mengikuti Program Universiti Luar Negara dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi kemasukan tahun 2012.
CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara “on-line” laman web YTN seperti berikut:
http://yayasan.tnb.com.my/sam
TARIKH-TARIKH PENTING
Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Mac 2012. (Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan)
Sila semak laman web YTN bagi pemakluman perkara-perkara berikut :
- Bengkel Pemilihan Program Universiti Luar Negara mulai jam 2 ptg, 2 April 2012
- Bengkel Pemilihan Program UNITEN mulai jam 2 ptg, 5 April 2012
- Temuduga Program Universiti Luar Negara mulai jam 10 pg, 9 April 2012
- Temuduga Program UNITEN mulai jam 10 pg, 16 April 2012
Labels:
Info
41 Senarai Biasiswa 2012 Lepasan SPM, STPM, Matrikulasi Dan Diploma
Berikut adalah senarai biasiswa 2012 di Malaysia bagi lepasan SPM, STPM, Matrikulasi dan Diploma. Senarai biasiswa 2012 ini amat membantu para pelajar untuk meringankan beban ketika sambung pelajar diperingkat diploma dan ijazah nanti.
Dibawah disenaraikan biasiswa yang boleh dimohon oleh pelajar.
41 Senarai Biasiswa 2012 Di Malaysia
1. Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Malaysia
2. Biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA), Malaysia
3. Biasiswa Petronas, Malaysia
4. Biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Malaysia
5. Biasiswa FELDA, Malaysia
6. Biasiswa Yayasan TNB, Malaysia
7. Biasiswa Yayasan TM, Malaysia
8. Biasiswa Yayasan Khazanah, Malaysia
9. Biasiswa Yayasan UEM, Malaysia
10. Biasiswa Sime Darby, Malaysia
11. Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM), Malaysia
12. Biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB), Malaysia
13. Biasiswa Maybank, Malaysia
14. Biasiswa Proton, Malaysia
15. Biasiswa Shell, Malaysia
16. Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional
17. Biasiswa Tunku Abdul Rahman
18. Biasiswa New Zealand Commonwealth
19. Biasiswa Singapura
20. Biasiswa UPM-ELS Tun Dr. Mahathir
21. The UEM Scholarship Programme
22. Biasiswa Romania
23. Biasiswa Taylor’s World Class
24. Biasiswa Astro
24. Program Penajaan Pendidikan Petronas
25. Hong Leong Foundation Scholarship Programme
26. British Council IELTS Scholarship
27. The Titijaya Scholarship Fund
28. Western-Australian Government Scholarship (WA Premier Scholarship)
29. Biasiswa Yayasan TM
30. AMCHAM-MACEE Scholarship Program
31. Limkokwing Scholarship Award
32. Gamuda Scholarship Award
33. Program Tajaan Pendidik Malaysia Airports (ESP)
34. The Star Education Fund
35. Securities Commission Malaysia Scholarship Award
36. Program Tajaan Khazanah Global
37. Japanese Government (Monbukagakusho: MEXT) Scholarship for Undergraduate Studies
38. Biasiswa Endownmen Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
39. Bank Negara Malaysia Scholarship Award Academic Session
40. Sin Chew Daily Education Fund
41. ASEAN Scholarships for Malaysia
Sumber: http://www.informasikini.com
Labels:
Info
Wednesday, March 21, 2012
TAHNIAH KEPADA CALON SPM 2011

Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Peajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.
Kami pendidik di SMK Sentosa mengharapkan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM ini akan terus melanjutkan pelajaran mereka ke menara gading sehingga mendapat pencapaian terbaik di peringkat yang tertinggi. Semua warga sentosa turut berbangga dengan pencapaian cemerlang pelajar SMK Sentosa hari ini dan berharap mereka akan terus mengejar cita-cita mereka yang telah disemai.
Kejayaan yang dicapai hari ini bukanlah pengakhiran segalanya, tetapi ia adalah permulaan bagi melakar kejayaan yang lebih cemerlang di masa akan datang. Ia juga bukan suatu kegagalan buat mereka yang tidak memperolehi keputusan cemerlang, tetapi sebagai suatu muhasabah buat membina langkah kejayaan di masa akan datang.
Labels:
Info
Monday, March 19, 2012
PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2011
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. (Dewan Dr.Nazrin SMK Sentosa *Bekas Pelajar SMK Sentosa Sahaja)
Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.
Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.
Labels:
Info
Semakan Syarat Khas Program ke IPTA (i-MAS-C-U)

Sistem Semakan Syarat Khas Program ke IPTA (i-MAS-C-U) boleh digunakan untuk membuat semakan syarat bagi program yang ditawarkan pada semua IPTA di Malaysia.
Labels:
Info
Portal My-Kolej: Himpunan 300 IPTS/Kolej Malaysia

Kepada pelajar yang tidak berpeluang ke IPTA, Hubungi Kaunselor sekolah anda atau daftar di http://www.my-kolej.com/ masukkan kod pencadang 8416 atau daftar 'online' cari senarai sekolah.
Labels:
Info
Institut Teknologi Perak

Kepada pelajar yang tidak berpeluang ke IPTA, Hubungi Kaunselor sekolah anda untuk mendapatkan maklumat tentang Program di Institut Teknologi Perak atau layari laman sesawang http://www.itp.edu.my/
*Peluang untuk 10 orang untuk program JPK-Malaysian Skills Certificate - Food & Beverage dengan tajaan (Yuran, Makan dan Asrama) Percuma. Tempoh Pengajian 6 Bulan ( 3 Bulan di ITP / 3 Bulan di Hotel- Praktikal) Tarikh tutup 23 Mac 2012. Hubungi Cikgu Abdul Rani – 0195723245.
*Peluang untuk 10 orang untuk program JPK-Malaysian Skills Certificate - Food & Beverage dengan tajaan (Yuran, Makan dan Asrama) Percuma. Tempoh Pengajian 6 Bulan ( 3 Bulan di ITP / 3 Bulan di Hotel- Praktikal) Tarikh tutup 23 Mac 2012. Hubungi Cikgu Abdul Rani – 0195723245.
Labels:
Info
Sunday, March 18, 2012
PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2012
Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) atau sekarang disebut Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan Kepujian sesi ambilan Jun 2012 dibuka pada 22 Mac 2012. Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 April 2012.CARA -CARA MEMOHON PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2012:
1) Dapatkan no pin permohonan di BSN terdekat dengan bayaran RM6.00 pada/mulai 22 Mac 2012.
2) Layari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendaftar secara online.
3) Pastikan syarat-syarat memohon program ijazah sarjana muda (PISMP) dengan kepujian dipatuhi semasa mengisi borang tersebut.
Labels:
Info
Friday, March 16, 2012
PELAKSANAAN GURU PENYAYANG

TUJUAN
1. Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.
KONSEP
2. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
3. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.
4. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.
Muat Turun borang laporan mentor mentee untuk semua guru klik LAPORAN MENTOR MENTEE
Labels:
Info
Ujian Saringan Permata Pintar
Ujian Saringan PERMATApintar UKM1 boleh diambil mulai tarikh 1 Februari 2012 hingga 30 April 2012 dengan melayari http://www.permatapintar.edu.my. Sehubungan itu, dipersilakan semua murid lingkungan 7 hingga 15 tahun yang layak agar dapat memanfaatkan peluang ini bagi menduduki ujian tersebut.
Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan En.Abdul Rani b. Zainun. Sekian terima kasih.
Labels:
Info
Sunday, March 11, 2012
JOM MASUK U 2012

KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI "JOM MASUK U 2012" PERAK
MASA: 9.00 pagi hingga 6.00 petang
TARIKH: 17 dan 18 Mac 2012
TEMPAT: Arena Square, Kuala angsar
**Calon SPM 2012 SMK Sentosa yang sudah memberi nama untuk lawatan ke Karnival Pengajian Tinggi Jom Masuk U 2012 sila berkumpul di SMK Sentosa pada jam 7.45 pagi. Bawa bersama borang kebenaran ibu bapa. Pelajar yang gagal membawa borang kebenaran ibu bapa tidak akan dibenarkan mengikuti lawatan. Sekian Terima Kasih.
Muat turun SURAT KEBENARAN IBU BAPA
Labels:
Info
Friday, December 30, 2011
Orientasi Tingkatan 1 & 4 SMK Sentosa 2012

Program Orientasi Tingkatan 1 & 4 SMK Sentosa 2012 akan diadakan bermulanya hari pertama persekolahan 4 Januari 2012 dan berakhir pada 6 Januari 2012 (Tingkatan 1) & 5 Januari 2012 (Tingkatan 5). Jadual program orientasi boleh di muat turun dengan menekan link di bawah;
Muat turun Jadual Orientasi Tingkatan 1
Muat turun Jadual Orientasi Tingkatan 4
Labels:
Info
Wednesday, December 21, 2011
Keputusan PMR 2011

Kepada semua calon PMR 2011. Anda boleh menyemak keputusan anda menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) atau datang ke sekolah pada jam 10.00 pagi (22/12/2011) untuk mendapatkan slip keputusan PMR 2011. Warga sekolah mendoakan kejayaan anda semua.
* Peringatan:
- Sila berpakaian / imej kemas semasa hadir kesekolah
- Sekiranya anda tidak dapat hadir, wakil mestilah terdiri daripada ibu/bapa.
Labels:
Info
Saturday, October 1, 2011
Program Gempur SPM 2011
Tarikh: 03/10/2011
Masa: 8.00 pagi hingga 01.30 tengah hari
Tempat: Dataran Sentosa / Makamal Bahasa / Bilik Media
Aktiviti:
Masa: 8.00 pagi hingga 01.30 tengah hari
Tempat: Dataran Sentosa / Makamal Bahasa / Bilik Media
Aktiviti:
- Slot 1: Amanat Pengetua (Pengetua/PK 1)
- Slot 2: Motivasi, Petua dan Amalan sebelum Peperiksaan (GBKSM Sentosa)
- Slot 3: Teknik menjawab soalan SPM 2011 & LDK Motivasi (GBKSM Sentosa)
- Slot 4: Halatuju dan matlamat diri (Kaunselor Daerah Kinta Selatan)
Labels:
Info
Subscribe to:
Posts (Atom)
Search This Blog
SETIAP DETIK...
MUTIARA KATA
INVENTORI
PAUTAN UNIVERSITI
- Universiti Islam Antarabangsa
- Universiti Kebangsaan Malaysia
- Universiti Malaya
- Universiti Malaysia Sabah
- Universiti Malaysia Sarawak
- Universiti Pendidikan Sultan Idris
- Universiti Pertahanan
- Universiti Putra Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia
- Universiti Sains Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia
- Universiti Teknologi Mara
- Universiti Teknologi Petronas
- Universiti Utara Malaysia
PAUTAN I
PAUTAN II
- MARA dan Kolej Mara
- Jabatan Pengajian Teknik
- Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang
- Institut Perguruan Islam
- Institut Perguruan Tengku Bainun
- Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan
- Institut Perguruan Batu Lintang
- Institut Perguruan Sultan Abdul Halim
- Institut Perguruan Gaya
- Institut Perguruan Ipoh
- Institut Perguruan Darul Aman
- GIATMARA Malaysia
AKTIVITI LEPAS
Minggu Orientasi Ting. 1 dan 4
Tazkirah: Hati
Ceramah Makan Pagi
Ceramah Sekolah Berkesan
Peng. Pelajar Lepasan SPM
Karnival Jom Masuk U
Ceramah Gangguan Seksual
Ceramah Pencegahan Jenayah
Ceramah Anti Dadah
Pameran Dadah - AADK
Ceramah Moral (Keburukan Internet)
Ceramah Kesihatan Pergigian
Ceramah Motivasi PMR/GURU
Pameran Kampus ASTRO
Tazkirah: Hati
Ceramah Makan Pagi
Ceramah Sekolah Berkesan
Peng. Pelajar Lepasan SPM
Karnival Jom Masuk U
Ceramah Gangguan Seksual
Ceramah Pencegahan Jenayah
Ceramah Anti Dadah
Pameran Dadah - AADK
Ceramah Moral (Keburukan Internet)
Ceramah Kesihatan Pergigian
Ceramah Motivasi PMR/GURU
Pameran Kampus ASTRO






