PEMOHONAN MATRIKULASI KPM SESI 2013/2014
- Beli Nombor Pin di mana-mana cawangan BSN. (Sila bawa kad pengenalan bersama)
- Sekiranya anda tidak mempunyai Kad Pengenalan ATAU mendapat Kad Pengenalan selepas pendaftaran SPM, sila gunakan nombor Lembaga (No LPM) seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran SPM tahun semasa untuk membuat permohonan melalui internet (PMI) di kaunter BSN sahaja.
- Bayar RM6.00 bagi setiap pelajar dikenakan untuk membeli nombor pin. Bayaran dibuat atas nama 'Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM' dengan nombor akaun: 1410 0290 0021 1897 dan kod organisasi pada slip BSN ditulis dengan nombor kod: A2657500.
- Dapatkan slip resit dari kaunter BSN dan Nombor PIN akan tercetak di slip yang dikeluarkan oleh mesin tersebut.
- Pelajar boleh memohon dengan melayari web Kementerian Pelajaran Malaysia KPM di http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/login.cfm mulai 1 Julai hingga 10 Oktober 2012 dengan memasukkan nombor kad pengenalan DAN nombor PMI.
- Maklumat lanjut sila layari http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/index.cfm
- Pelajar boleh mendapatkan khidmat nasihat dari kaunselor sekolah tentang cara pengisian borang.
- Sekian Terima kasih.