INFO E-KAUNSELING



Selamat datang ke laman E-Kaunseling SMK Sentosa Kampar. Sebarang cadangan atau pandangan positif amat dialu-alukan. Hantarkan pendapat anda melalui email: cnxxx81@gmail.com atau tinggalkan pesanan di ruang JOM SEMBANG. Anda juga berhubung menggunakan laman facebook. Pastikan anda tidak menulis ayat-ayat berunsur negatif yang boleh menyinggung mana-mana pihak. Untuk temujanji bersama kaunselor pilihan, klik BK04 untuk muat turun borang.

Monday, July 30, 2012

Permohonan Matrikulasi KPM 2013/2014


PEMOHONAN MATRIKULASI KPM SESI 2013/2014
  1. Beli Nombor Pin di mana-mana cawangan BSN. (Sila bawa kad pengenalan bersama)
  2. Sekiranya anda tidak mempunyai Kad Pengenalan ATAU mendapat Kad Pengenalan selepas pendaftaran SPM, sila gunakan nombor Lembaga (No LPM) seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran SPM tahun semasa untuk membuat permohonan melalui internet (PMI) di kaunter BSN sahaja.
  3. Bayar RM6.00 bagi setiap pelajar dikenakan untuk membeli nombor pin. Bayaran dibuat atas nama 'Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM' dengan nombor akaun: 1410 0290 0021 1897 dan kod organisasi pada slip BSN  ditulis dengan nombor kod: A2657500. 
  4. Dapatkan slip resit dari kaunter BSN dan Nombor PIN akan tercetak di slip yang dikeluarkan oleh mesin tersebut.
  5. Pelajar boleh memohon dengan melayari web Kementerian Pelajaran Malaysia KPM di http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/login.cfm mulai 1 Julai hingga 10 Oktober 2012 dengan memasukkan nombor           kad pengenalan DAN nombor PMI.
  6. Maklumat lanjut sila layari http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/index.cfm 
  7. Pelajar boleh mendapatkan khidmat nasihat dari kaunselor sekolah tentang cara pengisian borang.
  8. Sekian Terima kasih.

Monday, April 16, 2012

MINGGU PENCEGAHAN JENAYAH & ANTI DADAH


16-20 April 2012

Aktiviti Minggu Pencegahan Jenayah & Anti Dadah

  • Kuiz Anti Dadah / Cegah Jenayah
  • Pertandingan Poster Digital
  • Ceramah Cegah Jenayah / Anti Dadah
  • Info Sudut Sumber PPDa


Syarat-syarat menyertai KUIZ ANTI DADAH:

  1. Warga SMK Sentosa, Kampar.
  2. Hantarkan jawapan kuiz melalui email: cnxxx81@gmail.com / 0610664iium@gmail.com sebelum 12.00 tengah malam 20/04/2012.

Soalan Kuiz:

*Maklumat berkaitan soalan kuiz boleh diperolehi melalui carian internet atau Sudut Sumber PPDa SMK Sentosa.

Syarat-syarat menyertai PERTANDINGAN POSTER DIGITAL:

  1. Warga SMK Sentosa, Kampar.
  2. Poster Digital yang dihantar hendaklah berkaitan dengan Anti Dadah atau Cegah Jenayah.
  3. Hantarkan jawapan melalui email: cnxxx81@gmail.com / 0610664iium@gmail.com sebelum 12.00 tengah malam 20/04/2012.

Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan Cikgu Abdul Rani.

*Poster Digital (Gambar yang diambil menggunakan kamera dan di 'edit' menggunakan sebarang program/software serta dimasukkan cogan kata / kata-kata hikmah / hadith /mutiara kata etc. yang berkaitan dengan cegah jenayah ataupun anti-dadah.)



Thursday, March 29, 2012

KURSUS PRS TAHAP BONGSU (SM) DAERAH KINTA SELATAN ZON KAMPAR (28 - 30/03/2012)


Sebagai PRS anda perlu sentiasa menghayati Falsafah PRS iaitu “Bantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain”. Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman untuk meningkatkan kecemerlangan diri. Oleh itu, anda seharusnya berusaha mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan. perlakuan, perhubungan, kreativiti, dan keimanan.

BERIKUT ADALAH BAHAN PPT KURSUS UNTUK DI MUAT TURUN:

  1. KOMUNIKASI BERKESAN
  2. KONSEP KENDIRI
  3. PENGENALAN PRS
  4. PSIKOLOGI REMAJA
  5. JADUAL KURSUS PRS BONGSU

Friday, March 23, 2012

Permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN)


Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon biasiswa bagi mengikuti Program Universiti Luar Negara dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi kemasukan tahun 2012.

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara “on-line” laman web YTN seperti berikut:
http://yayasan.tnb.com.my/sam

TARIKH-TARIKH PENTING
Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Mac 2012. (Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan)

Sila semak laman web YTN bagi pemakluman perkara-perkara berikut :
  • Bengkel Pemilihan Program Universiti Luar Negara mulai jam 2 ptg, 2 April 2012
  • Bengkel Pemilihan Program UNITEN mulai jam 2 ptg, 5 April 2012
  • Temuduga Program Universiti Luar Negara mulai jam 10 pg, 9 April 2012
  • Temuduga Program UNITEN mulai jam 10 pg, 16 April 2012

41 Senarai Biasiswa 2012 Lepasan SPM, STPM, Matrikulasi Dan Diploma


Berikut adalah senarai biasiswa 2012 di Malaysia bagi lepasan SPM, STPM, Matrikulasi dan Diploma. Senarai biasiswa 2012 ini amat membantu para pelajar untuk meringankan beban ketika sambung pelajar diperingkat diploma dan ijazah nanti.

Dibawah disenaraikan biasiswa yang boleh dimohon oleh pelajar.

41 Senarai Biasiswa 2012 Di Malaysia

1. Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Malaysia

2. Biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA), Malaysia

3. Biasiswa Petronas, Malaysia

4. Biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Malaysia

5. Biasiswa FELDA, Malaysia

6. Biasiswa Yayasan TNB, Malaysia

7. Biasiswa Yayasan TM, Malaysia

8. Biasiswa Yayasan Khazanah, Malaysia

9. Biasiswa Yayasan UEM, Malaysia

10. Biasiswa Sime Darby, Malaysia

11. Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM), Malaysia

12. Biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB), Malaysia

13. Biasiswa Maybank, Malaysia

14. Biasiswa Proton, Malaysia

15. Biasiswa Shell, Malaysia

16. Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional

17. Biasiswa Tunku Abdul Rahman

18. Biasiswa New Zealand Commonwealth

19. Biasiswa Singapura

20. Biasiswa UPM-ELS Tun Dr. Mahathir

21. The UEM Scholarship Programme

22. Biasiswa Romania

23. Biasiswa Taylor’s World Class

24. Biasiswa Astro

24. Program Penajaan Pendidikan Petronas

25. Hong Leong Foundation Scholarship Programme

26. British Council IELTS Scholarship

27. The Titijaya Scholarship Fund

28. Western-Australian Government Scholarship (WA Premier Scholarship)

29. Biasiswa Yayasan TM

30. AMCHAM-MACEE Scholarship Program

31. Limkokwing Scholarship Award

32. Gamuda Scholarship Award

33. Program Tajaan Pendidik Malaysia Airports (ESP)

34. The Star Education Fund

35. Securities Commission Malaysia Scholarship Award

36. Program Tajaan Khazanah Global

37. Japanese Government (Monbukagakusho: MEXT) Scholarship for Undergraduate Studies

38. Biasiswa Endownmen Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

39. Bank Negara Malaysia Scholarship Award Academic Session

40. Sin Chew Daily Education Fund

41. ASEAN Scholarships for Malaysia

Sumber: http://www.informasikini.com

Wednesday, March 21, 2012

TAHNIAH KEPADA CALON SPM 2011


Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Peajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.

Kami pendidik di SMK Sentosa mengharapkan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM ini akan terus melanjutkan pelajaran mereka ke menara gading sehingga mendapat pencapaian terbaik di peringkat yang tertinggi. Semua warga sentosa turut berbangga dengan pencapaian cemerlang pelajar SMK Sentosa hari ini dan berharap mereka akan terus mengejar cita-cita mereka yang telah disemai.

Kejayaan yang dicapai hari ini bukanlah pengakhiran segalanya, tetapi ia adalah permulaan bagi melakar kejayaan yang lebih cemerlang di masa akan datang. Ia juga bukan suatu kegagalan buat mereka yang tidak memperolehi keputusan cemerlang, tetapi sebagai suatu muhasabah buat membina langkah kejayaan di masa akan datang.

Monday, March 19, 2012

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2011

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. (Dewan Dr.Nazrin SMK Sentosa *Bekas Pelajar SMK Sentosa Sahaja)

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.

Semakan Syarat Khas Program ke IPTA (i-MAS-C-U)


Sistem Semakan Syarat Khas Program ke IPTA (i-MAS-C-U) boleh digunakan untuk membuat semakan syarat bagi program yang ditawarkan pada semua IPTA di Malaysia.

Portal My-Kolej: Himpunan 300 IPTS/Kolej Malaysia



Kepada pelajar yang tidak berpeluang ke IPTA, Hubungi Kaunselor sekolah anda atau daftar di http://www.my-kolej.com/ masukkan kod pencadang 8416 atau daftar 'online' cari senarai sekolah.

Institut Teknologi Perak


Kepada pelajar yang tidak berpeluang ke IPTA, Hubungi Kaunselor sekolah anda untuk mendapatkan maklumat tentang Program di Institut Teknologi Perak atau layari laman sesawang http://www.itp.edu.my/

*Peluang untuk 10 orang untuk program JPK-Malaysian Skills Certificate - Food & Beverage dengan tajaan (Yuran, Makan dan Asrama) Percuma. Tempoh Pengajian 6 Bulan ( 3 Bulan di ITP / 3 Bulan di Hotel- Praktikal) Tarikh tutup 23 Mac 2012. Hubungi Cikgu Abdul Rani – 0195723245.

Sunday, March 18, 2012

PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2012

Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) atau sekarang disebut Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan Kepujian sesi ambilan Jun 2012 dibuka pada 22 Mac 2012. Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 April 2012.

CARA -CARA MEMOHON PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2012:

1) Dapatkan no pin permohonan di BSN terdekat dengan bayaran RM6.00 pada/mulai 22 Mac 2012.

2) Layari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendaftar secara online.

3) Pastikan syarat-syarat memohon program ijazah sarjana muda (PISMP) dengan kepujian dipatuhi semasa mengisi borang tersebut.

Friday, March 16, 2012

PELAKSANAAN GURU PENYAYANG


TUJUAN

1. Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

KONSEP

2. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.

3. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.

4. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

Muat Turun borang laporan mentor mentee untuk semua guru klik LAPORAN MENTOR MENTEE

Ujian Saringan Permata Pintar



Ujian Saringan PERMATApintar UKM1 boleh diambil mulai tarikh 1 Februari 2012 hingga 30 April 2012 dengan melayari http://www.permatapintar.edu.my. Sehubungan itu, dipersilakan semua murid lingkungan 7 hingga 15 tahun yang layak agar dapat memanfaatkan peluang ini bagi menduduki ujian tersebut.

Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan En.Abdul Rani b. Zainun. Sekian terima kasih.

Sunday, March 11, 2012

JOM MASUK U 2012


KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI "JOM MASUK U 2012" PERAK

MASA: 9.00 pagi hingga 6.00 petang
TARIKH: 17 dan 18 Mac 2012
TEMPAT: Arena Square, Kuala angsar

**Calon SPM 2012 SMK Sentosa yang sudah memberi nama untuk lawatan ke Karnival Pengajian Tinggi Jom Masuk U 2012 sila berkumpul di SMK Sentosa pada jam 7.45 pagi. Bawa bersama borang kebenaran ibu bapa. Pelajar yang gagal membawa borang kebenaran ibu bapa tidak akan dibenarkan mengikuti lawatan. Sekian Terima Kasih.

Muat turun SURAT KEBENARAN IBU BAPA

Search This Blog

E-KAUNSELING SMKS © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute