INFO E-KAUNSELING



Selamat datang ke laman E-Kaunseling SMK Sentosa Kampar. Sebarang cadangan atau pandangan positif amat dialu-alukan. Hantarkan pendapat anda melalui email: cnxxx81@gmail.com atau tinggalkan pesanan di ruang JOM SEMBANG. Anda juga berhubung menggunakan laman facebook. Pastikan anda tidak menulis ayat-ayat berunsur negatif yang boleh menyinggung mana-mana pihak. Untuk temujanji bersama kaunselor pilihan, klik BK04 untuk muat turun borang.

Sunday, October 17, 2010

Program Selepas PMR 2010

PROGRAM SELEPAS PMR adalah program untuk pelajar tingkatan 3 yang sudah selesai menjalani peperiksaan sebenar PMR. Bagi mengisi masa terluang pelajar selepas PMR, pihak sekolah merancang beberapa aktiviti yang sesuai kepada pelajar tersebut sebagai satu agenda yang bermanfaat.
KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar tingkatan 3

TARIKH: 18/10/2010 hingga 01/11/2010
TEMPAT: SMK Sentosa

klik "Jadual Program Selepas PMR 2010" untuk muat turun jadual program.
*Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Terima kasih.

p/s: Pelajar yang hadir dan menjayakan program akan diberikan markah merit (E-DISIPLIN)

Saturday, October 16, 2010

Lanjutan Tempoh Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan Empat

Lanjutan Tempoh Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan Empat

Dimaklumkan bahawa Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh ke Tingkatan Empat (4) Tahun 2011 dilanjutkan sehingga 22 Oktober 2010 (Jumaat) melalui Portal Kementerian Pelajaran Malaysia di http://www.moe.gov.my

Sekian, terima kasih.

Monday, October 11, 2010

Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 (2011) Semenanjung Malaysia

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tingkatan 3 (2010) warganegara Malaysia yang menduduki PMR 2010 dan memenuhi syarat kelayakan untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 tahun 2011.

Syarat Kelayakan Memohon MRSM
1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam Subjek Matematik dan Sains.

Permohonan
1. Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan nombor pin atau kata laluan.
2. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2011.

Memohon Nombor Pin atau Kata Laluan
1. Pemohon boleh mendapatkan nombor pin di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Maktab Rendah Sains MARA mulai 27 September 2010 secara percuma.
2. Sila bawa salinan kad pengenalan, surat beranak serta keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2010, yang telah disahkan benar, semasa mendapatkan nombor pin.

Tarikh Tutup
1. Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2011 akan ditutup pada 21 Oktober 2010.
2. Cetakan borang permohonan online yang telah lengkap diisi bersama-sama dokumen yang berkaitan hendaklah dihantarkan selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2010.
3. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2011.
4. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2011 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Untuk maklumat lengkap sila download Syarat kemasukat MRSM

PERMOHONAN KE SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TAHUN 2011


PANDUAN PERMOHONAN KE SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TAHUN 2011

Syarat-syarat Umum:

* Pemohon mestilah warganegara Malaysia
* Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan telah menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2010
* Dilahirkan dalam tahun 1995 atau selepasnya.
* Sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Bebas dari penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius dan sebagainya. (Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja amali).
* Tidak rabun warna bagi semua program Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang berkaitan Elektrik dan Elektronik.

Cara Memohon:

* Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web: esptv.moe.gov.my atau datang sendiri (walk-in) ke Sekolah Menengah Teknik atau Sekolah Menengah Vokasional berhampiran
* Tarikh bermula permohonan pada 4 Oktober 2010.

Kemudahan Asrama:

* Kemudahan asrama disediakan di semua SMT/SMV kecuali SMV Kuching, Sarawak, tertakluk kepada had yang ditetapkan.

Search This Blog

E-KAUNSELING SMKS © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute