INFO E-KAUNSELING



Selamat datang ke laman E-Kaunseling SMK Sentosa Kampar. Sebarang cadangan atau pandangan positif amat dialu-alukan. Hantarkan pendapat anda melalui email: cnxxx81@gmail.com atau tinggalkan pesanan di ruang JOM SEMBANG. Anda juga berhubung menggunakan laman facebook. Pastikan anda tidak menulis ayat-ayat berunsur negatif yang boleh menyinggung mana-mana pihak. Untuk temujanji bersama kaunselor pilihan, klik BK04 untuk muat turun borang.

Sunday, July 11, 2010

Garis panduan menghadapi STRESS-i

Islam telah memberikan beberapa garis panduan bagi menghadapi masalah atau tekanan hidup kepada setiap individu muslim. Antaranya ialah :

1- Sandarkan harapan kita dan pergantungan kepada allah.

Hanya allah s.w.t sahajalah tempat untuk kita menyandarkan harapan dan sebagai tempat bergantung apabila menghadapi sesuatu tekanan, dengan penuh kesabaran dan keyakinan terhadap allah s.w.t. Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh rasulullah s.a.w :

"Sebaik-baik senjata bagi orang mukmin adalah kesabaran dan doa (mohon pertolongan allah s.w.t)".

2- Mohon pertolongan dari Allah s.w.t.

Kita sebagai makhluk allah perlulah menyedari tentang peranan dan tanggungjawab kita kepada allah s.w.t. Ini kerana kita telah membuat ikrar dan pengakuan yang berulang-ulang kali dalam bacaan surah al-fateha, dimana kita menyerahkan dan mengabadikan diri hanya kepada allah dan kepadanya jualah kita memohon pertolongan. Maka wajarkah kita buat berulang-ulang kali?. Inilah perkara yang perlu kita fahami supaya kita sentiasa teguh dengan pegangan akidah islam yang sebenarnya. Perkara yang penting untuk memohon pertolongan dengan allah bukanlah semata-mata pertolongan, bahkan perlu didahului dengan menjaga persoalan isbadat seperti solat dan ibadat yang lain, yang mana kesemuanya dilaksanakan dengan penuh sabar dan redha, dengan ketentuan allah s.w.t. Ini bersesuaian dengan firman allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan mintalah pertolongan (kepada allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat, kecuali kepada orang-orang yang khusyuk".

Al-Baqarah ayat 45

3- Jangan kita sedih dan kecewa.

Kita jangan cepat berputus asa dengan masalah yang dihadapi, sebaliknya tingkatkanlah usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasi masalah tersebut. Seperti yang telah dijelaskan, bahawa setiap ujian yang datang itu adalah untuk menguji sejauh mana kesabaran dan keimanan kita terhadap allah s.w.t disamping sebagai peringatan kepada mereka yang ditimpa masalah, sebagaimana firmannya:

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), pada hal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (bersungguh-sungguh) beriman".

Ali-Imran ayat 139

4- Berkongsi masalah.

Luahkanlah masalah tersebut pada teman-teman yang bertakwa lagi boleh dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang ditanggung. Suami harus berteru terang dengan isteri bila menghadapi masalah, begitu juga isteri dan juga anak-anak haruslah berbincang dan bersikap mahu berkongsi masalah dengan ibu bapa mereka, begitu juga pelajar boleh berkongsi masalah dengan guru dan sebagainya.

download:
1. Stress dan cara mengatasinya menurut pandangan ISLAM
2. 20 cara mengatasi STRESS

Search This Blog

E-KAUNSELING SMKS © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute