INFO E-KAUNSELING



Selamat datang ke laman E-Kaunseling SMK Sentosa Kampar. Sebarang cadangan atau pandangan positif amat dialu-alukan. Hantarkan pendapat anda melalui email: cnxxx81@gmail.com atau tinggalkan pesanan di ruang JOM SEMBANG. Anda juga berhubung menggunakan laman facebook. Pastikan anda tidak menulis ayat-ayat berunsur negatif yang boleh menyinggung mana-mana pihak. Untuk temujanji bersama kaunselor pilihan, klik BK04 untuk muat turun borang.

Tuesday, June 28, 2011

PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM 2012/2013

PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM 2012/2013

Permohonan Melalui Internet (PMI)
Bawa bersama salinan kad pengenalan. Bayaran sebanyak RM6.00 untuk mendapakkan Nombor pengenalan Individu (NPI) yang tercatat pada resit bayaran. Bayaran hendaklah dibuat atas nama Pengarah Bahagian Matrikulasi a/c no: 1410 0290 0021 1897. NPI hendaklah dirahsiakan, dan semua aktiviti tersebut boleh dibuat mulai 1 Julai hingga 10 Oktober 2011. Anda boleh mengakses PMI di laman sesawang http://www.moe.gov.my apabila memperolehi NPI dan anda bertanggungjawab sepenuhnya atas permohonan anda.

Monday, June 27, 2011

PAMERAN DADAH DAN CERAMAH ANTI DADAH


PAMERAN DADAH DAN CERAMAH ANTI DADAH - AADK Perak

Tarikh: 28 Jun 2011
Masa: 8.00 am hingga 12.00 tgh

Tempat:
  • Pameran DADAH (Lobi SMK Sentosa)
  • Ceramah ANTI DADAH (Dewan Dr.Nazrin, SMK Sentosa)

Monday, June 20, 2011

KUIZ ANTI DADAH DAN PERTANDINGAN MELUKIS POSTER ANTI DADAH

SEMPENA MINGGU PENCEGAHAAN JENAYAH DAN ANTI DADAH UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING MENGADAKAN KUIZ ANTI DADAH DAN PERTANDINGAN MELUKIS POSTER. BERIKUT ADALAH SYARAT PENYERTAAN.

Syarat-syarat KUIZ ANTI-DADAH

1. Terbuka kepada semua pelajar dan warga SMK
2. Tarikh tutup pertandingan ialah hari Jumaat 24 June sebelum pukul 10.00am
3. Penyertaan anda hendaklah dihantar kepada Cikgu Abdul Rani /Cik munira/Cik Thilaga
Hadiah pertama = Bernilai RM 50
Hadiah kedua = Bernilai RM 30
Hadiah ketiga = Bernilai RM 20

Klik muat turun untun mendapatkan kuiz anti dadah dan maklumat lanjut berkaitan pertandingan.


Syarat-syarat pertandingan MELUKIS POSTER:

1. Poster yang dilukis hendaklah bertemakan KAMI BENCI DADAH
2. Terbuka kepada semua pelajar dan warga SMK sentosa.
3. Sekiranya poster yang dihantar didapati tidak asli,penyertaannya akan ditolak.
4. Tarikh tutup pertandingan ialah hari Jumaat 24 June sebelum pukul 10.00am.
5. Penyertaan anda hendaklah dihantar kepada Cikgu Abdul Rani /Cik munira/Cik Thilaga.

Hadiah pertama = Bernilai RM 50
Hadiah kedua = Bernilai RM 30
Hadiah ketiga = Bernilai RM 20

klik muat turun untun mendapatkan kuiz anti dadah dan maklumat lanjut berkaitan pertandingan.

Search This Blog

E-KAUNSELING SMKS © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute