INFO E-KAUNSELING



Selamat datang ke laman E-Kaunseling SMK Sentosa Kampar. Sebarang cadangan atau pandangan positif amat dialu-alukan. Hantarkan pendapat anda melalui email: cnxxx81@gmail.com atau tinggalkan pesanan di ruang JOM SEMBANG. Anda juga berhubung menggunakan laman facebook. Pastikan anda tidak menulis ayat-ayat berunsur negatif yang boleh menyinggung mana-mana pihak. Untuk temujanji bersama kaunselor pilihan, klik BK04 untuk muat turun borang.

Saturday, January 30, 2010

Keputusan Tawaran Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu & Tingkatan Empat 2010

Keputusan Tawaran Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu & Tingkatan Empat 2010

* Semakan Online : 1 Februari, 2010 ( di laman http://www.mara.gov.my)

* Tingkatan 1 : 5,900 tempat ; Jumlah permohonan : 23,400

* Tingkatan 4 : 3,400 tempat ; Jumlah Permohonan : 15,000

* Tarikh Pendaftaran : 17 Februari, 2010 (Rabu)

Tuesday, January 19, 2010

INFO PENGAMBILAN MAKTAB RENDAH SAINS MARA

MARA menerima 16,750 permohonan untuk mengisi 6,839 tempat Tingkatan Empat yang disediakan di sebanyak 41 MRSM tahun ini dan mereka boleh menyemak permohonan pada minggu akhir bulan ini.

Bagi pengambilan pelajar Tingkatan Satu di MRSM pula, MARA menerima 25,097 permohonan bagi mengisi 5,330 tempat.

KLIK MRSM

Semakan Tawaran Ke Sekolah Menengah Teknik/Vokasional


KLIK PORTAL RASMI KPM UNTUK SEMAKAN KEPUTUSAN

Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran & Sarjana Tahun 2010

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan membuka tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi melanjutkan pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Intitusi Pengajian Tinggi Awam dalam negara.

Permohonan secara on-line boleh dibuat melalui laman web KPM iaitu http://www.moe.gov.my mulai 18 Januari 2010 hingga 17 Februari 2010. Syarat-syarat kelayakan dan tatacara permohonan boleh diperolehi daripada laman web tersebut.

Sekian, terima kasih.

- Bahagian Tajaan Pendidikan -

*IHSAN PORTAL RASMI KPM

Keputusan pemilihan dan penempatan murid ke Tingkatan Empat (4) SBP

Keputusan pemilihan dan penempatan murid ke Tingkatan Empat (4) SBP akan diumumkan pada 15 Januari 2010 (Jumaat). Semakan dan keterangan lanjut boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my. Murid yang mendapat tawaran akan mendaftar di SBP yang berkenaan pada hari Selasa, 2 Februari 2010.

Thursday, January 14, 2010

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR PMR DAN SPM

Terbuka kepada semua pelajar (Bumiputera sahaja). Objektif program untuk membantu meningkatkan kecemerlangan akademik dan menyediakan pelajar untuk menghadapi peperiksaan yang sebenar.

Penceramah: Dr.Ismail Zain
Tarikh: 16 Januari 2010
Masa: 8.00 pagi – 5.00 ptg
Tempat: Dewan Sekolah Menengah Malim Nawar

* Pertanyaan lanjut: Hubungi / berjumpa dengan Kaunselor sekolah (En. Abdul Rani)

Sunday, January 3, 2010

Program Orientasi Transisi Tingkatan 1

Jadual Perlaksanaan Program

Isnin:
1. Taklimat Program
2. Taklimat Pengetua
3. Pengenalan Guru Tingkatan 1
4. Taklimat PK Ko-ku / PK Pentadbiran / PK HEM

Selasa:
1. Taklimat Guru Disiplin / Guru Koperasi / Guru PJPK
2. Latihan Lagu Sekolah
3. Taklimat Guru Pusat Sumber / Guru Cemerlang
4. Explorace

Rabu:
1. Perasmian Penutup - Pengetua
2. Pembahagian Kelas
3. Lawatan Mengenal Sekolah

* Guru diminta menyediakan paparan ppt untuk sesi masing-masing

Search This Blog

E-KAUNSELING SMKS © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute