INFO E-KAUNSELING



Selamat datang ke laman E-Kaunseling SMK Sentosa Kampar. Sebarang cadangan atau pandangan positif amat dialu-alukan. Hantarkan pendapat anda melalui email: cnxxx81@gmail.com atau tinggalkan pesanan di ruang JOM SEMBANG. Anda juga berhubung menggunakan laman facebook. Pastikan anda tidak menulis ayat-ayat berunsur negatif yang boleh menyinggung mana-mana pihak. Untuk temujanji bersama kaunselor pilihan, klik BK04 untuk muat turun borang.

Saturday, November 21, 2009

Permohonan secara ONLINE ke SEKOLAH KAWALAN NEGERI PERAK

Syarat-syarat pemohon:

1.Warganegara Malaysia
2.Belajar di mana-mana sekolah di negeri Perak.
3.Pencapaian akademik UPSR/PMR/SPM – sekurang-kurangnnya 1 ‘A’. Keutama kepada yang cemerlang.
4.Permohonan melalui Pengetua sekolah asal secara online dan disokong.
5.Rumah berhampiran sekolah.
6.Abang/Kakak belajar di sekolah yang dipohon
7.Ibu/bapa/penjaga bertugas di sekolah berkenaan.
8.Mencapai kecemerlangan mengikut kebitaraan sekolah yang dipilih.

Nota:

Pemohon diminta memastikan pakej di sekolah yang dipohon bersesuaian dengan murid.

Untuk keterangan dan maklumat lanjut sila berhubung dengan Pn. Ros di pejabat sekolah.

Tel: 05-4671220 /04671221 (fax)

Untuk muat turun maklumat lanjut berkaitan Permohonan Online SEKOLAH KAWALAN KLIK "DOWNLOAD FILES"

Quote of the day

"EVERYBODY HAS UNFINISHED BUSINESS. SOMETIME WE NEED TO SHARE TO MAINTAIN OUR EMOTION"

-Araz 2009'

Info hujung minggu...


Tip Kesihatan: Faktor2 yang membawa kepada menjadi pelupa/melemahkan ingatan dan kefahaman.

• Melihat perkara yang haram
• Melancap
• Membuang air kecil semasa menggosok gigi
• Meminum atau memakan makanan yang bercampur semut
• Tidak membaca Al-Quran
• Mengumpat dan mengata
• Asyik bercinta-cintaan (mengikut nafsu/bukan cara Islam)
• Terlalu memikirkan yang bukan2
• Sentiasa berada dalam keadaan keluh kesah atau dukacita.

Info ini di petik daripada Perancangan Eksekutif Islam 2010. Moga dapat dikongsi bersama... InsyaAllah...

Tuesday, November 17, 2009

AKTIVITI BERGAMBAR SEPANJANG BULAN OKTOBER 2009



.

AKTIVITI BERGAMBAR SEPANJANG BULAN OKTOBER 2009

- Pertandingan Memasak (L) Program Selepas PMR
- Pertandingan Memasak (P) Program Selepas PMR
- Pertandingan Tenpin Bowling (STAFF)
- Pemeriksaan HINI untuk Pelajar PMR
- Lawatan ke Kuala Dipang
- Seagame Support: NESTLE@MILO (FREE COOL MILO)
- Mesyuarat Guru SMK Sentosa 2009 (Akhir)
- Pelancaran SERVER 2009

Niat - Permulaan Segala Amalan

Salam Jumaat... Apa kata mulai hari ni sekiranya kita lupa berniat untuk setiap pekerjaan yakni amalan perbuatan yang kita lakukan saban hari, mari kita mulakan segera. Mudah2an mendapat pahala dengan setiap apa yang kita lakukan. InsyaAllah...

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs bin Khattab r.a., aku mendengar Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrahuntuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah"

- Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Sunday, November 15, 2009

Pemohon ke SMT/V 2010


Aplikasi atas talian (Permohonan On-line)
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
http://apps.emoe.gov.my/esptv/sptv2009/

Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 5 & 6, Blok E14 Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya


03-88845154
03-88845067

03-88845088
03-88845084

03-88845092

Tarikh Tutup Permohonan: 04 Januari 2010

Pemberitahuan

Dimaklumkan pemohon ke SMT/V 2010 boleh memohon Aliran Kemahiran bagi Kursus Juruteknik Elektrik Rendah dan Pembuat Pakaian Wanita di SMT Sibu jika ingin berbuat demikian walaupun tidak disenaraikan dalam pilihan kursus. Sebarang kesulitan amat dikesalkan. Terima kasih.

Friday, November 13, 2009

Permohonan Kemasukan Ke IPTA 2010/2011


Permohonan Kemasukan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf
Sesi Akademik 2010/2011
FASA 1



Aplikasi dalam talian (Permohonan On-line)
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Jabatan Pengajian Tinggi

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia


Anda boleh layari atau klik:

https://upu.mohe.gov.my/online1011/spm/mohon.php

Sunday, November 8, 2009

Maklumat berkenaan MARA


Sekiranya anda berminat untuk mengikuti pengajian di;
  1. Maktab Rendah Sains Mara
  2. Institut Kemahiran Mara/ Kolej Kemahiran Tinggi Mara
  3. Kolej Profesional Mara/ Kolej Mara
  4. Tajaan
Klik laman web MARA (http://www.mara.gov.my/home) untuk maklumat lanjut

Permohonan mengikuti Latihan Kemahiran GIATMARA


Borang Permohonan Mengikuti Latihan Kemahiran GIATMARA boleh didapati secara percuma melalui :

1. Muat turun di laman web www.giatmara.edu.my.

2. Datang sendiri ke setiap GIATMARA berhampiran .

3. Hubungi Pejabat GIATMARA Negeri yang berdekatan.

Sunday, November 1, 2009

Pengertian Kaunseling


Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.

Selamat Datang


Selamat datang ke E-Kaunseling SMK Sentosa Kampar, Perak. Laman ini masih dalam proses pembinaan. Harap maklum.

Search This Blog

E-KAUNSELING SMKS © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute